fbpx

Warga emas kena cekup songlap duit jual pisang, MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA PILAH – Kelicikan seorang warga emas menipu sepasang suami isteri berkaitan penjualan pisang dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berakhir apabila dia diberkas di Kampung Pulau Pandan di sini, semalam.

Suspek berusia 63 tahun itu diberkas selepas mangsa membuat laporan membabitkan kerugian RM30,800.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Abd Gani berkata, laporan mengatakan suspek datang ke kebun mangsa pada Oktober lalu meminta kerja dan diberi upah RM100 sehari untuk memesin rumput.

Katanya, suspek kemudian menjadi orang tengah menjual pisang dari kebun mangsa termasuk penjualan MPV milik mangsa.

“Bagaimanapun, sudah dua bulan suspek tidak memberikan wang hasil jualan berkenaan kepada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan sebelum bertindak melarikan diri.

“Seminggu sebelum suspek melarikan diri, dia dikatakan memberikan kad mesin pengeluaran wang automatik namun kad berkenaan tidak lagi aktif,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amran berkata, suspek berjaya ditahan dan kini direman selama sehari dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI