PETALING JAYA – Rata-rata netizen mempersoalkan tentang projek garisan jalan ‘glow in the dark’ atau bercahaya pada waktu malam di sebuah kawasan di Kuala Langat.
Ini kerana menerusi satu perkongsian di media sosial sosial memaparkan garisan itu ‘ghaib’ dan hanya yang tinggal hanyalah papan tanda.
Menurut netizen, sepatutnya garisan jalan di kawasan tersebut akan memantulkan cahaya pada waktu malam kerana ia menggunakan teknologi ‘glow in the dark’.
Akan tetapi dakwa mereka, garisan itu gagal berfungsi dan garisan jalan raya itu tidak memantulkan sebarang cahaya pada waktu malam.
Namun ada netizen memaklumkan bahawa kawasan tersebut sebagai ujian untuk projek terbabit dan ia belum dilaksanakan sepenuhnya.
“Itu jalan khas untuk ‘road test’ (ujian jalan). Kadang-kadang mereka turap pelbagai jenis tar untuk proses ujian, glow.(cahaya) tu pun dalam ujian rasanya, di banting ni,” ujar Shah Ejam.
Bagaimanapun ada netizen yang mendakwa garisan tersebut gagal memantulkan cahaya disebabkan musim hujan yang sering berlaku ketika ini serta teknologi yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.
“Kawasan sana sekarang musim hujan, kurang kena matahari, banyak kali lalu, malam ok saja,” tulis Hizam Sulaiman.
“Ada kelemahan benda tu, jangka hayat yang pendek, lapisan cat tu cepat terhakis,” kata Shah Shah Izwan.
Untuk rekod, pemasangan cat jalan ‘glow in the dark’ yang pertama di negara ini telah di laksanakan di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, dekat sini.
Konsep tersebut ialah garisan di jalan raya kelihatan normal pada waktu siang namun akan bercahaya pada waktu malam.
Ia bagi memastikan pengguna jalan raya memandu lebih selamat dan sangat membantu terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan baharu. – KOSMO! ONLINE