fbpx

Ulat ‘berkeliaran’ dalam sayur kailan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ulat yang bergerak-gerak ditemui dalam hidangan kailan di sebuah restoran di Taman Scientex Pasir Gudang.

JOHOR BAHRU – Seorang pelanggan tidak berpuas hati apabila menemui ulat yang masih hidup dan bergerak-gerak dalam hidangan sayur kailan ketika menjamu selera di sebuah restoran makanan di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini.

Video berdurasi seminit 50 saat yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan pelanggan mempersoalkan tahap kebersihan premis tersebut kepada peniaga restoran itu namun memberi alasan perkara itu adalah biasa.

Malah, lelaki yang berada di kaunter bayaran itu turut menjelaskan ulat dalam sayur kailan tidak dapat dielakkan walaupun sudah membersihkan sayur itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr. Mohtar Pungut@ Ahmad berkata, pihaknya memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai isu tersebut.

Katanya, JKNJ menerusi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru telah menjalankan siasatan ke premis pada 3 Disember lalu.

“Kita dapati premis gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) Akta Makanan 1983 dan mengeluarkan tiga Notis 32B kepada wakil premis.

“Satu notis Arahan Kerja Pembersihan Premis Makanan di bawah Seksyen 10, Akta Makanan 1983 juga telah dikeluarkan bagi mengarahkan pihak premis mengambil tindakan pembetulan atas teguran yang dikeluarkan oleh PKD Johor Bahru,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Mohtar berkata, JKNJ akan terus memantau dan akan sentiasa memastikan premis makanan mematuhi PPKM 2009, Akta Makanan 1983 bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI