fbpx

Tak sempat siasat, saya ditukarkan – Saksi kes bunuh Muhammad Zaharif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zaharif.

IPOH – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa elemen memandu secara melulu atau membahayakan tidak dijalankan dalam siasatan kes bunuh membabitkan pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17.

Menurut Inspektor Jong Pit Chao, 37, siasatan terhadap elemen di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 itu tidak sempat dijalankan susulan kertas siasatan berkenaan diambil alih pegawai penyiasat lain.

Jelas saksi pendakwaan ke-29 itu, siasatannya bagi kes tersebut hanya dalam tempoh 23 jam pada hari pertama kejadian.

“Peranan saya ketika sampai di lokasi kejadian yang pentingnya adalah saya perlu ‘secure’ bukti fizikal yang ada di lokasi kejadian. Itu adalah aspek penting selain keterangan-keterangan lisan saksi awam yang ada di lokasi.

“Belum sempat saya membuat siasatan lanjut (kewujudan) kedua-kedua elemen (memandu secara melulu atau membahayakan), saya telah ditukarkan,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pit Chao merupakan pegawai penyiasat trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang bertugas pada 15 Disember 2023 iaitu hari kejadian perlanggaran berlaku sebelum kertas siasatan itu diambil alih oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Ipoh pada keesokkan hari.

Terdahulu, ketika ditanya Afzainizam berhubung cadangan peguam bela dalam pemeriksaan balas sebelum ini bahawa Pit Chao tidak menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) di lokasi perlanggaran, beliau menjelaskan siasatan yang dibuat mengambil kira semua aspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI