fbpx

Rupa-rupanya cat punca air longkang jadi warna biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air longkang yang berwarna biru di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar pada petang tadi

KANGAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis mengesyaki air longkang berhampiran Jalan Raja Syed Alwi, di sini menjadi warna biru disebabkan pelepasan air cucian bekas cat dari sebuah premis di situ.

Pengarahnya, Jamal Affendy Shahar berkata, aduan mengenai pencemaran itu diterima menerusi panggilan telefon pada pukul 2.50 petang tadi selain ia turut tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan mendapati air cucian bekas cat dilepaskan terus ke dalam longkang. Arahan segera telah dikeluarkan kepada pemilik premis menjual cat itu untuk menghentikan pencemaran tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, sampel air tercemar telah dihantar ke Jabatan Kimia Cawangan Negeri Kedah untuk dianalisis dan tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, JAS turut menyiasat kejadian kebocoran gas klorin di Kampung Sena pada hari yang sama.

“Operator loji telah menutup injap pada pukul 11.30 malam semalam dan pemeriksaan susulan mendapati tiada kebocoran baharu. Pemantauan akan diteruskan selama satu hingga dua hari bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI