fbpx

‘People hate when I play back’ – Petikan kata-kata Fazura jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM hantaran Instagram, Fazura turut memuat naik beberapa video dan gambar aktiviti hariannya.

PETALING JAYA – Ketika notis tuntutan (LOD) membabitkan kenyataan sebuah kenderaan disahkan sudah diterima pelakon Fattah Amin, bekas isterinya Fazura mencuri perhatian dengan memuat baik mutiara kata berkaitan motivasi hidup.

Menerusi hantaran Instagram, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, meninggalkan beberapa gambar dengan petikan yang menggambarkan kehidupan terkininya.

People love playing with me, but hate when I play back (orang suka bermain dengan saya tetapi benci apabila saya bermain kembali),” petikan kata-kata antara gambar tersebut.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Pisau Cukur itu turut menunjukkan beberapa aktiviti hariannya seperti membuat kek cawan, bermain gim dan melayani anak perempuannya.

Tindakan tersebut seolah-olah menunjukkan dia enggan melayani kontroversi yang tercetus sejak kebelakangan ini.

Rata-rata netizen turut memberi sokongan buat Fazura untuk terus kuat menjalani kehidupan bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.

“People love playing with me but hate when I play back, memang mendalam, Terus kuat Fazura,” kata peminat.

“Terus kuat Fazura, Semoga yang baik-baik sahaja untuk awak dan Fatima,” ujar pengikut.

“Hanya isteri yang alami perkara sama akan faham apa yang Fazura lalui,” tutur peminat lain.

Sebelum ini bekas suaminya, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin mengesahkan menerima LOD daripada Fazura sekitar bulan lalu berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu sebuah kenderaan.

Fattah turut menjelaskan notis berkenaan sudah dibalas dan diserahkan kepada peguam bagi urusan selanjutnya.

Pertikaian tentang pemilikan kenderaan tersebut menjadi perhatian apabila difahamkan peguam Fazura sudah menyerahkan notis tuntutan.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu terus mengunci mulut dan pihak pengurusannya iaitu Fazura Management menafikan dakwaan LOD tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI