fbpx

Pengunjung terkejut buaya zoo kurus kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan buaya yang dirakam. - Newsflash

BEIJING – Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seekor buaya dalam keadaan kurus kering di sebuah zoo di China, lapor akhbar The Sun UK.

Reptilia tersebut dirakam di Zoo Guangzhou kelmarin sekali gus mencetuskan kemarahan ramai dengan menuduh pengurusan zoo berkenaan sebagai melakukan kekejaman haiwan.

Video itu menunjukkan buaya tersebut kelihatan seperti bangkai yang sudah mereput disebabkan keadaan tulang belakangnya yang tersembul.

Ia dirakam merangkak perlahan-lahan di dalam sebuah kandang kaca.

Sebuah akaun bernama CNAnimalRightsAlert berkongsikan hantaran itu di platform X dan menulis: “Seekor buaya di sebuah zoo di Guangzhou, China, sangat kurus sehinggakan kulit dan tulangnya dapat dilihat dengan jelas. Jika ia tidak bergerak, anda akan menyangkakan ia buaya palsu.”

Selepas mendapat kecaman ramai, pihak zoo berkenaan tampil menjelaskan bahawa buaya itu bukannya tidak mendapat zat mencukupi, sebaliknya mengalami gastroenteritis, menyebabkan ia kehilangan berat badan berlebihan.

“Ia sedang menerima rawatan dan kami akan memastikan penjagaan yang lebih terperinci pada masa hadapan,” tambahnya.

Gastroenteritis biasanya berpunca daripada bakteria atau virus yang menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI