fbpx

Penduduk kelam-kabut, siren di Sungai Galas tidak berbunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Balai Polis Bertam membantu mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi untuk berpindah ke PPS selepas rumah mereka dilimpahi air Sungai Galas, petang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Siren amaran berjaga-jaga banjir didakwa tidak berbunyi menyebabkan penduduk yang tinggal di pinggir Sungai Galas di Kampung Limau Kasturi di sini, kelam-kabut mengemas barangan mereka apabila air sungai itu melimpah dengan cepat, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Limau Kasturi, Aluwi Muda berkata, siren amaran banjir di kampung berkenaan dipercayai rosak apabila tidak mengeluarkan bunyi sebagai tanda supaya semua penduduk berjaga-jaga.

“Sebelum ini, siren itu berbunyi semasa air Sungai Galas berada pada paras berjaga-jaga. Tiada bunyi amaran pada pagi semalam semasa paras air semakin naik sehingga penduduk kalut membuat persiapan untuk berpindah.

“Air sudah melimpahi jalan kira-kira pukul 8 pagi semalam sebelum rumah penduduk dinaiki air kira-kira empat jam kemudian,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Che Jah Hussin, 73, berkata, dia sudah penat dengan situasi kawasan rumah dan jalan perhubungan ditenggelami banjir setiap tahun.

Katanya, rumah di pinggir Sungai Galas dan kawasan rendah sering dilimpahi air banjir sehingga memaksa penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI