fbpx

Peluang Man. City bangkit tebus maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG City, Erling Haaland (tengah) perlu menjadikan aksi menentang Juventus sebagai pentas melepaskan geram. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendakwa mereka wajib melakar kemenangan ke atas Juventus pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Allianz awal pagi esok.

Biarpun dilanda pelbagai masalah kecederaan tetapi City tiada pilihan selain wajib menewaskan gergasi Itali itu bagi menyelamatkan musim mereka yang terumbang-ambing sejak kebelakangan ini.

The Citizens ketika ini gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi terakhir UCL yang menyaksikan mereka tewas 1-4 kepada Sporting Lisbon dan seri 3-3 dengan Feyenoord.

“Permulaan kali ini sangat mencabar dan saya dapat rasakan ia akan menjadi sukar sepanjang musim. Apa boleh buat, kami perlu teruskan kehidupan.

“Ini adalah musim yang memaksa anda melakukan apa sahaja untuk ‘selamat’. Kami perlu menang dan mengutip sebanyak mungkin mata untuk terus pandang ke hadapan.

“Sekarang kami lupakan EPL (Liga Perdana Inggeris) dan fokus kepada UCL. Kami perlu dapatkan kemenangan yang amat penting ini,” kata Guardiola.

Daripada sembilan perlawanan terakhir, City hanya menang sekali, 3-0 ke atas Nottingham Forest dengan bakinya menyaksikan enam kekalahan dan dua seri termasuk diikat 2-2 oleh Crystal Palace.

Nasib sama turut dialami City di pentas Eropah apabila menghuni kedudukan ke-17 dalam carta fasa liga UCL dengan lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI