fbpx

Nak bayar ‘seringgit-seringgit’, anggap derma kepada PKR – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida ketika ditemui selepas kes prosiding kes, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin secara berseloroh memberitahu akan membayar saman kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan wang ‘seringgit-seringgit’.

Pada masa sama Zuraida turut menyifatkan ganti rugi sebanyak RM100,000 yang perlu dibayar PKR adalah derma kepada parti itu.

“Memang kalau ikut hati, saya tidak mahu (bayar) biar RM1 pun. Biar dia hendak saman saya tapi ini adalah pengajaran kepada semua parti-parti yang hendak mengikat orang untuk kesetiaan. Tidak boleh letak kepada perjuangan jadi kalau parti perjuangan sudah tidak betul, tak kan nak duduk kat situ kan,” katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, Zuraida berkata beliau bersyukur kerana panel hakim telah membuat penilaian secara bijaksana.

“Mereka tahu apakah amaun yang wajar yang patut kalau hendak disaman bukanlah sampai ke tahap gila RM10 juta memandangkan apa yang telah saya korbankan pada parti saya (PKR),” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkmah Rayuan di sini hari ini memerintahkan Zuraida hanya perlu membayar RM100,000 parti itu kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti berkenaan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk See Mee Chun selepas membenarkan sebahagian rayuan Zuraida selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan perayu membayar sebanyak RM10 juta kepada PKR.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Dalam penghakimannya panel berpendapat jumlah RM10 juta yang diperintah dibayar kepada parti itu tidak adalah tidak munasabah.

Berdasarkan saman yang difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail oleh pada 28 September 2020, PKR mendakwa Zuraida telah menandatangani suatu bon pada 25 April 2018, yang mengikat dirinya untuk membayar parti sejumlah RM10 juta, berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.

Jumlah tersebut adalah nilai pampasan yang perlu dibayar oleh mereka yang bertindak keluar parti atas penggunaan nama, logo dan benda serta perkhidmatan dan sokongan yang diberikan oleh PKR sewaktu bertanding.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa defendan telah melanggar bon yang telah ditandatangani dan berdasarkan peruntukan Seksyen 71 Akta Kontrak 1950, PKR mempunyai hak untuk mendapatkan kesemua faedah yang dinikmati atau akan dinikmati oleh Zuraida setelah menjadi Ahli Parlimen Ampang.

Sebelum ini dalam perbicaraan kes saman itu Mahkamah Tinggi di sini hari diberitahu, Zuraida telah menandatangani bon dengan PKR secara sukarela sebagai memenuhi syarat perjanjian sebagai calon parti sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Saifuddin berkata, Zuraida bukan sahaja mempunyai pengetahuan penuh berhubung syarat tersebut malah tidak pernah mengemukakan sebarang bantahan terhadap perkara itu.

Bagaimanapun Zuraida dalam keterangannya pulan memberitahu, bahawa beliau menandatangani beberapa dokumen yang disediakan parti itu sehari sebelum pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), di bawah paksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI