fbpx

Miss Tourism serikan pembukaan OE Resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miss Tourism serikan pembukaan OE Resort.

PETALING JAYA – Kehadiran Miss Tourism International daripada 50 buah negara telah menarik kedatangan pengunjung untuk melihat secara lebih dekat wajah-wajah jelita ratu cantik ketika majlis pembukaan OE Resort di Mantin Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Pengerusi merangkap Pengasas Kumpulan OE, Datuk Calvin Khiu berkata, projek pembangunan bernilai RM30 juta itu dibina di kawasan sembilan 3.6 hektar menggabungkan persekitaran semula jadi dengan kemudahan bertaraf dunia.

Katanya, OE Resort dapat memperluaskan jangkauan ke pelbagai negara, mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan di peringkat global.

“EO Resort telah berubah dalam masa tiga tahun daripada sebuah kebun durian kepada gabungan seni bina moden dan kehijauan semula jadi.

“Ia dilengkapi kolam renang hutan, restoran bertema, perkhidmatan spa, pelantar pandangan, dan dewan persidangan selain penginapan unik seperti pod bertemakan angkasa,” katanya.

Menurut Calvin, OE Resort dijangka menjadi pemain utama dalam sektor pelancongan dan pembelajaran di Malaysia, mencipta impak ekonomi dan sosial yang berkekalan.

Tambahnya, pihaknya komited untuk memperkasakan belia melalui Kursus Latihan CEO Muda, sebuah program yang dilancarkan oleh Akademi Usahawan Muda OE.

“Fasa pertama resort kini telah siap. Sepanjang operasi percubaan, OE Resort telah menarik purata 5,000 pengunjung setiap bulan, sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan di Nilai dan Mantin dengan menyokong perniagaan dan pelancongan sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI