fbpx

Mila lari lepas lahirkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suliman menunjukkan salah satu dokumen berkaitan anak angkatnya ketika ditemui di Kluang semalam.

KLUANG – Sepasang suami isteri mencari seorang wanita dikenali sebagai Mila untuk meleng­kapkan proses pengesahan anak angkat bagi membolehkan dokumen pengenalan diri kanak-kanak itu dilakukan.

Suliman Abdul Ghani, 51, berkata, Mila, 38, telah me­nyerahkan anaknya kepada bapa saudaranya, Ahmad Sapuan, 61, selepas dilahirkan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini pada 17 Oktober 2018 sebelum menghilangkan diri.

“Anak yang diberi nama Damiatulanjani Abdullah, 6, kemudian diserahkan kepada kami selepas Ahmad Sapuan uzur.

“Damiatulanjani kini dijaga sepenuhnya oleh isteri, Harnita Harun, 41, dan akan bersekolah pada tahun depan. Oleh sebab itu dokumen pengenalan diri amat diperlukan,” katanya.

Menurut Suliman, Mila diperlukan untuk untuk melakukan proses pengangkatan secara sah di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang. Suliman boleh dihubungi di talian 013-725 7811.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI