fbpx

Memalukan, Jalur Gemilang dipasang terbalik pada baju Lee Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zii Jia memakai jersi dengan Jalur Gemilang terbalik semasa Perlawanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

KUALA LUMPUR – Penaja pemain badminton perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, VICTOR, tampil membuat permohonan maaf susulan kesilapan meletakkan bendera Malaysia secara terbalik pada jersi pemain berkenaan semasa Perlawanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

VICTOR dalam satu kenyataan berkata, kesilapan itu tidak mencerminkan rasa hormat mereka terhadap Malaysia, lambang negara atau penghormatan mewakili negara di pentas global.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang dipamerkan pada jersinya semasa Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF hari ini.

“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan kesilapan ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh bagi memastikan kesilapan sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Zii Jia dilihat memakai jersi dengan bendera negara yang dicetak terbalik ketika perlawanan berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa kesal dan berpendapat elemen penting pada jersi iaitu bendera negara tidak sepatutnya diambil mudah.

“Tak buat pemeriksaan kualiti ke? Ini bukan kesalahan biasa,” kata Walfqri.

“Rasanya dia tak perasan, sebab Ziijia ada tukar baju tadi, baju pertama bendera okay. Baju kedua ni bendera terbalik,” kata Anifa.

“Ini adalah Kejohanan Profesional. Membawa Nama Malaysia adalah Kebanggaan. Ini adalah perkara yang serius,” tegas Franklin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI