fbpx

‘Mat rempit’ dipantau di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan giat memantau aktiviti ‘mat rempit’ di media sosial dalam usaha mengekang kegiatan tersebut yang semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pemantauan itu melibatkan kawasan panas yang sering menjadi lokasi himpunan dan aktiviti rempit.

“Langkah ini bertujuan untuk mengesan pelaku dan mengumpul bukti bagi tindakan undang-undang.

“Di samping itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut meningkatkan pemantauan ke atas kumpulan dan individu yang terlibat aktif dalam gejala mat rempit.

“Pemantauan ini turut melibatkan di kawasan panas yang sering menjadi tempat perhimpunan dan aktiviti mat rempit bagi tujuan pengesanan dan pengumpulan bukti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta kerajaan menyatakan cara atau tindakan paling berkesan terhadap mat rempit kerana sering melakukan aksi berani di lebuh raya sekali gus mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, pihaknya sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Ia bagi mewujudkan tafsiran jelas berhubung isu mat rempit merangkumi kesalahan menunggang motosikal secara melulu, membahayakan atau perlumbaan haram di jalan raya.

“Pindaan ini adalah menjadi satu bentuk pencegahan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI