fbpx

Laluan ke Taman Negara Kuala Tahan terputus, jalan dilimpahi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Jalan Jerantut-Kuantan berhampiran Kampung Paya Garok yang dinaiki air di Jerantut.

JERANTUT – Kira-kira 6,000 penduduk Mukim Tembeling Tengah, Ulu Tembeling dan Felda tidak dapat keluar ke bandar Jerantut berikutan Jalan Jerantut – Kuala Tahan berdekatan simpang Kampung Paya Garok, dekat sini ditenggelami air Sungai Pahang hari ini.

Keadaan itu juga sekaligus menyebabkan laluan ke Taman Negara Kuala Tahan terputus hubungan.

Laluan itu ditenggelami banjir sedalam kira-kira paras pinggang dan sepanjang lebih 100 meter mulai pukul 9 pagi hari ini menyebabkan beratus-ratus kenderaan dari ke dua-dua hala Jalan Jerantut–Kuala Tahan terkandas.

Bagaimanapun pengunjung yang bercuti di Taman Negara telah dibawa keluar lebih awal oleh pengusaha pusat inap dan pihak berkuasa yang menjangkakan keadaan banjir di situ.

Penduduk Ulu Tembeling, Mustapha Abdullah, 38, berkata, dia terpaksa menangguhkan perjalanan ke bandar Jerantut untuk membeli barang keperluan dapur dan pengurusan keluarga berikutan laluan di situ dinaiki air.

“Kita berharap projek meninggikan jalan raya di Simpang Paya Garok wajar segera dilakukan oleh kerajaan memandangkan di situ merupakan laluan utama penduduk Felda, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling berurusan ke bandar Jerantut,”katanya.

Seorang penduduk Wan Ruhaiza Wan Daud, 50, berkata, sekiranya laluan Paya Garok ditenggelami air dalam tempoh yang lama sudah tentu menyukarkan orang ramai ke bandar Jerantut untuk menjalankan urusan masing-masing termasuk penjawat awam yang bertugas ke kawasan Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang dan Ulu Tembeling. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI