fbpx

KPDN terima 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 3,064 aduan berkaitan ketirisan barang bersubsidi seperti minyak diesel, gas memasak dan minyak masak sejak Januari hingga 30 November tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penguatkuasaan menangani isu ketirisan termasuk penyelewengan barangan bersubsidi adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan perundangan subsidiarinya serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Antara barang kawalan yang menerima aduan tertinggi dari bulan Januari hingga November 2024 adalah minyak masak sebanyak (1,862) dan gula sebanyak 282.

“Seterusnya, aduan berkaitan diesel sebanyak 246 dan gas memasak (LPG) melibatkan 173 aduan.

“Selain itu, kami juga menerima aduan berkaitan lain-lain barang kawalan seperti petrol, telur ayam, tepung gandum dan ayam,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Tuan Abun Sui Anyit berhubung jumlah aduan terhadap penyelewengan barang bersubsidi seperti minyak diesel, tong gas, minyak masak dan lain-lain serta jumlah tangkapan di Sarawak.

Sementara itu, Armizan berkata, Bahagian Penguat Kuasa dan Pejabat-Pejabat Negeri KPDN seluruh negara juga telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan termasuk tindakan kes terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Bermula Januari tahun 2024 sehingga 30 November sebanyak 16 tangkapan telah dilakukan oleh KPDN Sarawak dengan pecahan 10 tangkapan oleh KPDN Kuching dan enam tangkapan dilakukan oleh KPDN Miri.

“Jumlah tangkapan tersebut adalah sebahagian daripada sejumlah 127 kes aduan yang diterima di Sarawak sepanjang tempoh yang sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI