KUALA LUMPUR – Commoner Space, hab kejiranan kegemaran untuk kopi dan perbualan, bekerjasama dengan Tatagaltier, jenama penjagaan kulit terkenal untuk menganjurkan acara Sip & Skin, baru-baru ini.
Acara eksklusif berkenaan dianjurkan untuk meraikan penjagaan diri, komuniti, dan kejayaan produk Toner Penghidratan Peach Plump Tatagaltier.
Diadakan di Commoner Space, TTDI, ia telah menghimpunkan para penggemar kopi, pencinta penjagaan kulit, dan individu yang berfikiran sama untuk pagi yang penuh dengan inspirasi, kesenangan, dan interaksi.
Selain mendapatkan petua mengenai penjagaan kulit secara langsung, para tetamu turut menikmati kopi dan sarapan pagi istimewa, sambil berkongsi cerita penjagaan kulit masing-masing serta membina hubungan baharu.
Pemilik Commoner Space, Harith berkata, di Commoner Space, pihaknya sentiasa percaya dalam memupuk hubungan bermakna menerusi kopi.
“Kerjasama dengan Tatagaltier membolehkan kami memperluaskan falsafah ini ke dalam bidang penjagaan diri,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengasas Tatagaltier, Aush menambah, penjagaan kulit adalah lebih daripada sekadar rutin, ia adalah tentang berasa senang dengan kulit sendiri.
“Kerjasama ini adalah meraikan komitmen bersama untuk kesedaran dan kualiti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE