fbpx

Berlakon dengan Sophia Albarakbah, Hisyam letak ‘sempadan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Teguh dengan pendirian, pelakon Hisyam Hamid meletakkan sempadan dalam lakonan lebih-lebih lagi membabitkan babak panas.

Menerusi naskhah terbaharu berjudul Marina, Hisyam, 39, meminta pertimbangan daripada pengarah dan pihak produksi agar tidak melakukan adegan mesra secara keterlaluan.

“Cerita itu sebenarnya kalua ikut skrip asal ada babak panas tetapi saya sendiri letak had sejauh mana saya boleh buat. Dalam drama Marina, ada babak saya perlu pakai seluar pendek dan buka baju.

“Namun, saya sudah berbincang dengan pengarah dan dia pun faham bahawa tak perlu keterlaluan sangat.

“Saya cakap dengan pihak produksi juga kalua nak buat babak itu (panas), saya tak sesuai. Baik ambil orang lebih lain tetapi mereka setuju untuk teruskan dengan guna Teknik kamera,” katanya kepada Kosmo! Online.

Berkongsi lanjut, Hisyam turut membuktikan drama popularnya Andai Tiada Dia mampu melekat di hati penonton walaupun tidak mempunyai babak panas.

“Seperti cerita Andai Tiada Dia, ramai samakan dengan filem Indonesia yang lebih ‘daring’, banyak babak yang membeliakkan mata.

“Kita tak perlu pun buat begitu tetapi kami buktikan cerita tersebut sampai kepada penonton.

“Cerita bagus tak perlu keterlaluan melainkan memang nak jual babak panas tersebut dalam naskhah,” ujarnya lagi.

Berdasarkan pengalaman, pelakon filem La Luna itu lebih peka dengan hak sebagai pelakon untuk mempertimbangkan sesuatu babak.

“Dulu masa 11 tahun lepas, saya masih baharu. Apa pengarah cakap saya buat, mungkin sebab takut.

“Sekarang lebih faham dan sedar hak sebagai pelakon yang tak perlu ikut 100 peritus.

“Apa yang rasa keterlaluan, saya tak perlu buat,” jelasnya.

Hisyam membintangi drama Marina bergandingan dengan Datuk Remy Ishak, Sophia Albarakbah, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee dan Shaza Bae. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI