fbpx

Amaran ribut petir di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (Tangkak dan Muar).

“Seterusnya Sarawak iaitu Samarahan (Simunjan), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat serta Labuan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI