fbpx

2 lelaki didakwa bunuh warga Bangladesh di kebun sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Htike (tiga dari kanan) dan Maung Win untuk didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki Bangladesh di Mahkamah Majisret Gua Musang, hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Dua lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki Bangladesh di kebun sayur-sayuran di Tanah Tinggi Lojing, dua minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, San Htike, 28, dan Khin Maung Win, 22, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa dengan niat bersama-sama untuk membunuh sehingga menyebabkan kematian Md. Jahanggir Alom, 30.

Perbuatan itu dilakukan oleh mereka di kawasan kebun sayur-sayuran di Kampung Kuala Tahu, Tanah Tinggi Lojing kira-kira pukul 10.30 malam pada 27 November hingga 9 malam 28 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara 30 hingga 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 27 Februari 2025 untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI