fbpx

13 tahun bergaduh, Ammar Alfian, Syamsul pilih berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas 13 tahun bersengketa gara-gara ‘sejarah lama’, hubungan pelakon Ammar Alfian dan pengarah Syamsul Yusof kini sudah kembali pulih.

Menerusi gambar yang dikongsikan Ammar atau Ammar Alfian Aziz, 37, dalam aplikasi Threads, menunjukkan Syamsul memeluk Ammar dengan reaksi wajah ceria.

Kata Ammar, persengketaan tersebut sudah berlalu dan kini tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada masa depan.

“13 tahun sudah berlalu, masa lalu adalah masa lalu.

“Tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih baik. Insya-Allah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan mengharapkan agar hubungan baik itu dapat berkekalan.

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang menaruh harapan agar kedua-dua pelakon itu dapat bekerjasama menghasilkan filem aksi.

“Elok juga masing-masing sudah ada haluan sendiri. Lagi pun apa yang lepas itu biarlah jadi kenangan dan pengajaran.

“Terbaik macam ini. Harap nanti boleh ada filem baru akan datang.

“Eloklah saling berbaik semula. Apa yang hendak dipanjangkan lagi benda sudah jadi 13 tahun dulu. Tapi sebenarnya, kalian bergaduh dulu sebab apa?,” komen netizen.

Pada 2013 Ammar dan Syamsul dikatakan pernah bergaduh dan hampir bertumbuk dipercayai kerana perselisihan faham.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di Publika sekitar pukul 2.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI