fbpx

Ular sawa albino berteduh tepi lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM ketika operasi menangkap ular sawa albino di tepi lampu isyarat Jalan Macalister, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang menangkap seekor ular sawa albino sepanjang 4.26 dengan berat hampir 30 kilogram (kg) di Jalan Macalister, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8 pagi tadi mengenai penemuan ular sawa jenis reticulated pyton albino itu yang berada berhampiran lampu isyarat di jalan berkenaan.

“Tiga anggota terus ke lokasi kejadian dan ular sawa berkenaan berjaya ditangkap dalam tempoh 40 minit.

“Dari penelitian awal, ular ini bukan haiwan yang dibela, namun ia adalah ular sawa tempatan tapi dari jenis albino,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pada mulanya anggota APM menghadapi kesukaran untuk menangkap ular ini kerana ia cuba menyelinap masuk ke dalam lubang.

“Reptilia berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI