fbpx

TH, MAB jalin kerjasama tingkat keupayaan tangani bencana udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Hamadah (duduk kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Aviation Group, Ahmad Luqman Mohd Azmi (duduk kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara TH dan MAB di Movenpick Hotel & Convention Center KLIA, Sepang, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan dalam menangani sebarang bencana udara ketika operasi haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kerjasama itu merupakan usaha berterusan TH dalam menambah baik tahap keselamatan dan kesejahteraan para jemaah haji.

Menurut beliau, matlamat kerjasama itu antaranya membangun dan melaksana pelan tindak balas bencana udara secara kolaboratif, mewujudkan protokal standard serta menetapkan peranan dan tanggungjawab yang jelas dalam pengurusan bencana udara semasa operasi haji.

“TH dan MAB bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan jemaah haji terpelihara dan kebajikan mereka juga terurus sepanjang perjalanan khususnya untuk operasi haji 2025 dan tahun seterusnya.

“Kita gabungkan pengalaman dan kepakaran sedia ada ini supaya pelan tindak balas bencana dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan ketahanan operasi haji dalam menghadapi kemungkinan bencana udara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani MoU antara TH dan MAB di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Hamadah berkata, TH telah membangunkan Pelan Pengurusan Bencana Operasi Haji Tanah Suci sejak 2013 untuk melindungi jemaah dan pihak berkepentingan terhadap risiko gangguan dan bencana semasa operasi haji.

Justeru, katanya, dengan inisiatif dan kerjasama strategik yang terjalin bersama MAB akan membolehkan mereka menambah baik keupayaan dalam menyantuni jemaah haji negara pada setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI