fbpx

EPL: Kebangkitan Chelsea mengagumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER (kiri) memainkan watak penting apabila meledak dua gol memastikan kemenangan Chelsea ke atas Spurs. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca tanpa berselindung menghamburkan pujian tinggi kepada barisan pemainnya susulan kemenangan dramatik 4-3 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Maresca menganggap ia adalah kemenangan sempurna buat The Blues kerana terlebih dahulu ketinggalan dua gol dalam tempoh 11 minit pertama pada aksi di Stadium Tottenham Hotspur itu.

Dua gol itu berpunca daripada kesilapan Marc Cucurella yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Dominic Solanke dan Dejan Kulusevski sebelum Jadon Sancho merapatkan jurang buat Chelsea.

Ia secara tidak langsung menyemarakkan semangat Chelsea yang kemudiannya meledak tiga gol menerusi dua sepakan penalti Cole Palmer dan satu daripada Enzo Fernandez.

Biarpun Spurs berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi Son Heung-min tetapi ia sudah tidak membawa makna untuk menghalang kemenangan kelima berturut-turut Chelsea dalam semua kejohanan.

Chelsea kini mengesahkan status mereka antara pencabar kejuaraan musim ini apabila berada di tangga kedua menerusi 31 mata, ketinggalan empat mata sahaja dengan Liverpool di puncak, namun memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

“Datang ke stadium ini dan fikir anda boleh menang tanpa kesukaran, itu mustahil. Ia mungkin kemenangan yang sempurna.

“Selepas perlawanan, mesej saya kepada pemain ialah fokus pada hari ke hari dan setiap sesi latihan. Fokus utama ialah menikmati hari rehat dan apabila kembali, berikan 100 peratus, berlatih dengan baik dan bersedia untuk perlawanan,” kata Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI