fbpx

Tyson Fury kecut perut gurauan Till

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TILL (kiri) berseloroh untuk menendang kepala Fury yang mungkin menjadi penyebab utama lawannya itu menarik diri. - AFP

NEW YORK – Jaguh seni bela diri campuran (MMA), Darren Till menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Tommy Fury menarik diri daripada pertarungan selain menganggap tindakan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

Pertarungan antara mereka sepatutnya akan disiarkan secara langsung pada 18 Januari ini yang dijadualkan berlangsung di Manchester, namun ancaman dibuat Till menyebabkan Fury mengambil keputusan menarik diri.

Terdahulu, Till yang juga bekas bintang UFC secara berseloroh mahu menendang kepala Fury sekiranya dia tewas dan gurauan itu sekali gus memaksa lawannya mengambil keputusan menarik diri daripada bertarung.

“Saya menandatangani pengecualian untuk kontrak Misfits yang mengatakan jika saya menendang Tommy (Fury), saya akan kehilangan keseluruhan bayaran saya. Jadi apa yang saya lihat di sini adalah Tommy menarik diri kerana apa yang saya katakan.

“Ia sangat memalukan. Sekurang-kurangnya kalau menarik diri akibat kecederaan atau katakan tangan anda sakit, itu masih oleh diterima lagi. Bagi saya, dia tidak sepatutnya buat begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Till menganggap dia sudah pun memenangi pertarungan itu tanpa perlu masuk ke dalam gelanggang memandangkan lawannya mengibar bendera putih terlalu awal kerana takut akan kekalahan.

“Siapa Tommy Fury? Anda semua tahu bahawa dia sudah pun kalah dan saya tamatkan kariernya tanpa perlu masuk ke dalam gelanggang untuk bertarung. Anda semua tahu bahawa saya seorang petinju yang hebat,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI