fbpx

Selangor labur RM6 juta untuk program kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika merasmikan program Jualan Termurah Madani dan Jualan Ehsan Rahmah (JER) di di Tapak Pasar Malam Taman Pinggiran Batu Caves kelmarin.

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor memperuntukan sebanyak RM6 juta dbagi melaksanakan program melestarikan alam sekitar di kesemua 12 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan tersebut akan digunakan setiap PBT bagi menyediakan kira-kira 100 tempat pengasingan sampah kitar semula.

Jelasnya, dengan penambahan tersebut, secara keseluruhan Selangor akan memiliki kira-kira 1,200 tapak pengasingan sampah di seluruh negeri.

“Setiap tapak dibekal tong sampah dan sistem kutipan. Dana untuk program ini adalah hasil kutipan caj beg plastik berjumlah RM20 juta. Ini antara usaha yang dilakukan untuk mendidik orang ramai mengenai pengasingan sampah.

“Selangor akan berkerjasama dengan Nestle melaksanakan program ini, yang merupakan syarikat konsisten melakukan aktiviti kitar semula,” katanya pada Majlis Perasmian Jualan Ehsan Rahmah dan Jualan Termurah Madani di Batu Caves.

Terdahulu, program tersebut diadakan serentak dengan beberapa lokasi lain di seluruh negara.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai program jualan bersubsidi terbesar.

Kira-kira 5,000 hadir program terbabit yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas dengan potongan harga sehingga 60 peratus.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI