fbpx

Sabrina Carpenter bebas tanpa lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabrina sudah putus dengan kekasih hatinya.

PENYANYI Sabrina Carpenter akhirnya mengesahkan percintaan dengan kekasihnya, aktor Barry Keogham sudah pun berakhir.

Menurut jurucakap pelantun lagu Espresso itu, kedua-duanya mencapai kesepakatan untuk membawa haluan masing-masing, sekali gus berpisah secara matang.

“Mereka berdua masih muda dan mementingkan kerjaya. Jadi mereka memilih untuk berehat sebentar daripada menjalinkan hubungan. Carpenter juga tiada masalah menjalani hidup sendirian,” katanya.

Berita perpisahan itu juga secara tidak langsung menamatkan khabar angin tentang keretakan hubungan mereka.

Difahamkan, perpisahan berpunca daripada kesibukan jadual kerja sehingga membuatkan mereka kurang berkomunikasi dan tidak menghabiskan masa bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI