fbpx

Burung rempuh pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKOR burung hering tersangkut di tingkap sebuah pesawat ringan. - Foto Jem Press

BRASILIA – Seekor burung hering merempuh sebuah pesawat ringan dan menyebabkan cermin depannya pecah, manakala bangkai haiwan berkenaan melekat pada cermin kokpit, lapor akhbar New York Post. 

Pesawat enjin tunggal itu membawa lima penumpang dari Envira menuju ke Eirunepe di negeri Amazonas, Brazil pada Khamis lalu apabila dilanggar burung hering.

Rakaman video selepas kemalangan menunjukkan badan burung pemakan bangkai itu berjuntai di hadapan juruterbang yang terkejut.

Suaranya boleh didengari menjelaskan tentang kemalangan yang berlaku.

Juruterbang bagaimanapun berjaya mendaratkan pesawat di lapangan terbang Eirunepe dan tiada penumpang cedera.

“Kami fikir kami tidak akan selamat. Satu keajaiban kerana juruterbang berjaya mendaratkan  pesawat ketika bangkai burung berada di sebelah mukanya,” kata seorang penumpang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI