fbpx

Banjir: Sembilan PPK berkapasiti besar, tampung lebih ramai mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi melihat gambar-gambar projek pembinaan jalan pada majlis tersebut.-Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

SABAK BERNAM – Kerajaan sedang berusaha menyiapkan sembilan pusat pemindahan kekal (PPK) yang berkapasiti lebih besar bagi pemindahan mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesesakan di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah yang tidak mampu menampung jumlah mangsa tinggi.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu, pembinaan PPK di setiap negeri yang berisiko tinggi banjir tersebut diharap dapat mengurangkan impak kerosakan di sekolah terlibat.

“Kebanyakan sekolah seperti dewan dan kelas di sekolah-sekolah yang dijadikan PPS perlu dibaik pulih semula kerana mengalami kerosakan.

“Kita mendapati kos penyelenggaraan semula itu terlalu tinggi dan perlu adanya PPK yang dapat menempatkan lebih ramai mangsa banjir,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Simpang Lima, Sungai Besar di sini, hari ini.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti lokasi pembinaan PPK itu antaranya di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Perak.

Pembinaan PPK itu dijangka mengambil masa sehingga 15 bulan untuk dibina dengan kos dianggarkan menelan belanja sehingga RM5 juta sebuah.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI