fbpx

Separuh abad baru bertemu jodoh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin bergambar di atas pelamin. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Tanete, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian orang ramai kerana melangsungkan perkahwinan pada usia 50 tahun, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @iwaspidy menunjukkan pasangan pengantin bergambar di atas pelamin. 

Kedua-dua mereka memakai pakaian berwarna biru dengan pelbagai hiasan emas. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 722,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

“Jodoh itu kuasa Allah, setiap orang mempunyai takdir masing-masing,” komen seorang netizen. 

“Bukan ‘mentah’, bukan ‘setengah matang’, tetapi ‘kematangan’,” sindir seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI