fbpx

Piala Asean: Pau Marti pasang hajat besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAU Marti mahu sentuhan terakhirnya bersama skuad kebangsaan mampu meninggalkan sejarah yang manis memenangi aksi Piala Asean kali ini.

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasang impian untuk memahat sejarah manis pada tugasan terakhir bersama Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala Asean 2024 yang akan membuka tirai rasmi esok.

Sebagai rekod, kejohanan dwitahunan berprestij Asia Tenggara itu akan menjadi medan terakhir buat pengendali dari Sepanyol selepas rasmi ‘disisihkan’ daripada struktur baharu skuad kebangsaan kelak.

Pau Marti mengakui tidak ‘makan hati’ sebaliknya terus bersikap profesional dengan mengharapkan kejutan dapat dilakukan oleh barisan pemain dengan melangkah sejauh mungkin pada kempen Piala Asean kali ini.

“Ini adalah satu impian (untuk bergelar juara) dan impian untuk seluruh rakyat Malaysia selain buat saya serta pemain. Kami sedar misi ini sukar kerana kekangan (mendapatkan pemain terbaik) memandangkan Liga Malaysia masih berjalan.

“Kami memahami situasi kelab kerana mereka juga perlu beraksi. Justeru, kami memiliki pilihan yang terhad, tetapi tidak salah untuk memasang cita-cita untuk mara sejauh mungkin pada kempen kali ini.

“Saya fikir pemain memiliki motivasi yang tinggi. Kami memiliki skuad campuran dengan beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan dan juga pemain muda,” katanya.

Skuad kebangsaan telah berlepas ke Pnhom Penh, Kemboja semalam dan bakal memulakan aksi Kumpulan A menentang tuan rumah di Stadium Olimpik pada malam esok.

Kemudian, pasukan Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (11 Disember) disusuli Thailand di Bangkok (14 Disember) dan Singapura di laman sendiri (20 Disember).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI