“SEJAK bergelar tunangan orang, makin cantik Eyka Farhana.”
Itu antara pujian yang dikalungkan netizen buat Eyka Farhana baru-baru ini selepas dia memuat naik video menggayakan dres songket merah.
Majoriti netizen terpukau dengan kecantikan Eyka dan memuji dres rekaan Brian Khoo yang dihasilkan daripada fabrik songket. Walaupun bersongket, Eyka tetap nampak bergaya dan seksi.
Kata netizen, hari ini songket sudah jarang digunakan pereka tempatan tetapi Brian sebaliknya.
Selain busana tersebut, kejelitaan Eyka antara yang menuai perhatian kerana semakin berseri-seri selepas bertunang pada Ogos lalu.
“Lawa betul Eyka tapi maaf dia milik Akhyar Rashid,” seloroh netizen.