fbpx

ACL2: Selangor akur tersingkir aksi Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR berjaya mencatat kemenangan selesa ke atas Cebu, namun kemenangan Muangthong ke atas Jeonbuk meranapkan impian untuk mara. - FB SELANGOR FC

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi tidak ada rasa kesal selepas gagal bawa pasukan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) musim ini.

Bekas penolong jurulatih Serbia itu menjelaskan perhatian utama perlu diberikan kepada komitmen pemain untuk memastikan kemenangan.

“Pada perlawanan terdahulu, saya tidak bersama pasukan, jadi saya beritahu kepada pemain supaya tidak ambil peduli tentang pasukan lawan sebaliknya ambil kisah pasukan sendiri.

“Kami berjaya capai misi kami dan saya berpuas hati dengan dimana pemain sudah bekerja keras. Saya gembira dengan keputusan ini tetapi kami masih tidak dapat melayakkan diri,” katanya.

Dalam aksi terakhir ACL 2 Kumpulan H di Stadium Rizal Memorial, kelmarin, Gergasi Merah meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Dynamic Herb Cebu FC namun gagal meneruskan saingan apabila Muangthong United turut menang bagi mengiringi Jeonbuk Hyundai ke pusingan kalah mati.

“Kami bermotivasi untuk layak dan bermain bola sepak, tetapi ini keputusan yang kami dapat. Jadi, kami kena kekalkan apa yang kami lakukan seperti kami lakukan dalam perlawanan ini.

“Kita perlu meletakkan transisi dari aksi di ACL 2 kepada aksi liga dan trofi di Malaysia,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI