fbpx

4,870 graduan terima ijazah sempena Konvokesyen ke 24 UTHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota Ismail (kiri) menyampaikan anugerah gelaran ‘Profesor Emeritus’ kepada Prof. Dr. Ahmad Tarmizi Abd Karim bersempena dengan Istiadat Konvokesyen ke-24 UTHM, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Seramai 4,870 graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima ijazah masing-masing bersempena dengan Istiadat Konvokesyen ke-24 bermula hari ini hingga 12 Disember.

Sidang pertama Istiadat Konvokesyen disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang merupakan Canselor UTHM.

Seterusnya, sidang kedua akan disempurnakan Pro-Canselor UTHM, Tan Sri Azmi Rohani esok.

Penerima ijazah terdiri daripada 123 orang menerima Ijazah Doktor Falsafah, 329 orang Sarjana, Sarjana Muda 3,392 manakala 926 orang penerima Diploma bersempena dengan konvokesyen kali ini.

Tuanku Canselor turut berkenan menyampaikan anugerah gelaran ‘Profesor Emeritus’ kepada Prof. Dr. Ahmad Tarmizi Abd Karim pada sidang pertama bagi menghargai penglibatan dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan tinggi, industri, komuniti dan kepimpinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI