fbpx

[VIDEO] ‘Kantoi’ guna MyKad lepas curi Yamaha RXZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL Yamana RXZ yang dicuri ketika diparkir di sebuah hotel di Johor Bahru oleh dua lelaki baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan kurang bijak penjenayah menggunakan kad pengenalan untuk membyar caj parkir selepas melarikan motosikal jenis Yamaha RXZ memakan diri apabila mereka diberkas di sekitar bandar raya ini dan Muar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tiga suspek berusia 21 hingga 37 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 12 tengah hari kelmarin sehingga 1.32 pagi semalam.

Kejayaan menumpaskan sindiket itu adalah hasil siasatan ke atas laporan dan video tular di media sosial berhubung kehilangan motosikal Yamaha RXZ milik lelaki Singapura di tempat parkir sebuah hotel di sini.

“Menerusi operasi khas Op Lejang, kita berjaya menjejaki seorang suspek sebelum menahan ketiga-tiga mereka di Johor Bahru dan Muar. Polis merampas tiga buah motosikal iaitu Yamaha RXZ, Yamaha 135LC dan Yamaha 125ZR disyaki dicuri.

“Kita turut merampas kad pengenalan suspek yang digunakan untuk membayar caj parkir dan dua kunci motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raub memberitahu, semakan mendapati dua daripada suspek itu mempunyai masing-masing 11 dan tiga rekod jenayah.

Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif methamphetamine.

“Siasatan mendapati mereka mencuri dan menjual motosikal tersebut pada harga murah. Wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan harian dan membeli dadah,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga 9 Disember ini untuk siasatan lanjut di bawah Sesyen 379A Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI