fbpx

Perlahankan lakonan, Fendy Bakry bantu golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fendy mengakui terpaksa memperlahankan karier lakonan demi memberi lalu kepada karier baharu.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fendy Bakry mengakui memperlahankan karier lakonan demi memberi laluan kepada kerjaya tetapnya sebagai trainer atau jurulatih program.

Menurut Fendy atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 36, dia masih menerima tawaran lakonan seperti biasa, namun lebih selektif untuk disesuaikan dengan jadual kerja tetapnya.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu sebelum menjadi pelakon, saya memang bekerja sebagai ‘trainer’. Ketika saya sibuk berlakon akan ada ‘team’ yang menguruskan perniagaan ini. Tetapi sekarang berlakon adalah kerja sambilan dan trainer pekerjaan sepenuh masa. Jadi, saya akan berlakon jika pihak produksi boleh mengikut jadual saya.

“Saya masih minat berlakon cuma tidak mahu menyusahkan orang lain seperti tidak dapat beri komitmen sepenuhnya. Jadi, kalau watak pelakon pembantu yang masa penggambaran tidak panjang saya akan terima. Drama terakhir saya adalah Terjerat,” ujarnya.

Fendy (tengah) yang juga jurulatih daripada Right Track Education ditemui pada majlis penutup Program Kelestarian Perniagaan: Memperkasa Aspek Persekitaran, Sosial & Tadbir Urus Mikro Enterprise Asnaf 2024 baru-baru ini.

Sebagai jurulatih, selain mengadakan program dengan pelbagai agensi termasuk kerajaan dan swasta, fokusnya kini lebih terarah untuk membantu golongan asnaf.

“Selain tadbir urus perniagaan, kami juga mengajar mereka bagaimana untuk mengembangkan perniagaan termasuk mendapat sijil halal serta geran-geran bantuan daripada pihak kerajaan.

“Saya rasa puas dapat bantu golongan asnaf. Kita tidak boleh pinggirkan mereka, kerana jika dengar sejarah dan cerita-cerita mereka memang meruntun hati. Bukan semua hanya harapkan bantuan, ramai antara mereka berusaha keras untuk mengubah nasib hidup,” tutur Fendy tentang program hasil inisiatif Maybank Islamic Berhad itu lagi.

Dalam program keusahawanan yang berlangsung dari 25 sehingga 29 November lalu seramai 61 usahawan bimbingan Lembaga Zakat dan Majlis Agama Negeri dari Kedah, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang menerima geran wang tunai RM1,000.

Hadir sama menyempurnakan majlis penutup adalah Ketua Pengurusan Shariah Maybank Islamic, Munawwaruzzaman Mahmud.

Kata Munawwaruzzaman, Maybank Islamic telah memperuntukkan dana zakat sebanyak lebih RM390,000 untuk program ini.

“Ini adalah salah satu inisiatif kami dalam usaha untuk mengagihkan zakat secara produktif dan berkesan bagi membantu golongan asnaf dalam mentransformasikan diri dalam bidang ekonomi digital.

“Semoga program ini tidak hanya memberikan manfaat besar kepada kesemua 60 peserta, tetapi juga membuka peluang keusahawanan, serta menyumbang kepada peningkatan berterusan tahap ekonomi kepada masyarakat setempat,” kata Munawwaruzzaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI