fbpx

Penjaja buah potong cari makan di ‘traffic light’ kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menyaman empat penjaja trafik light di Johor Bahru dalam operasi bersepadu yang dijalankan bersama MBJB, semalam.

JOHOR BAHRU – Empat penjaja diberikan saman kerana menjaja di persimpangan lampu isyarat sekitar Jalan Bertam 23 dan Jalan Datin Halimah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tindakan saman tersebut dikeluarkan mengikut Rule 10A(1) LN165/59.

Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan bersama antara pihaknya dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Seramai tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia berusia antara 17 hingga 28 tahun telah dikenakan tindakan saman denda boleh sehingga RM2,000.

“Notis rampasan melibatkan barangan yang dijual turut dikeluarkan MBJB,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Raub menasihatkan masyarakat agar menghentikan aktiviti jualan sedemikian kerana ia berisiko tinggi bukan sahaja kepada penjaja tetapi juga kepada pengguna jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI