fbpx

Mbappe terkena ‘badi’ sepakan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kiri) ditenangkan oleh Bellingham selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti awal pagi semalam. - AFP

BILBAO – Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe mengakui telah melakukan kesilapan besar selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan 1-2 kepada Athletic Bilbao dalam aksi La Liga di Stadium Man Mames awal pagi semalam.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu Mbappe gagal menyempurnakan penalti dengan kali pertama ketika menentang Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Lebih malang, kekalahan itu terus membenarkan pendahulu La Liga yang juga seteru tradisi, Barcelona mengekalkan kelebihan empat mata di puncak meskipun Real masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Mbappe gagal menyudahkan sepakan penalti apabila percubaannya diselamatkan penjaga gol Athletic, Julen Agirrezabala pada minit ke-69 sekali gus gagal memadam jaringan awal tuan rumah menerusi Alejandro Berenguer.

Jude Bellingham kembali memberi nafas buat Real dengan gol penyamaan pada minit ke-78, namun cuma bertahan dua minit sebelum Gorka Guruzeta meledak jaringan penyamaan buat Athletic.

Kekalahan itu yang sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan Mbappe, meningkatkan lagi tekanan dirasai bekas penyerang Paris Saint-Germain tersebut yang sudah menerima kritikan hebat sejak kebelakangan ini.

“Kesilapan besar dalam perlawanan di mana setiap perincian amat penting. Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Ini adalah saat yang sukar, tetapi inilah masa terbaik untuk mengubah keadaan dan menunjukkan siapa saya,” kata Mbappe.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti mengakui, Mbappe terlalu kecewa dengan kegagalan tersebut.

“Dia belum berada di tahap terbaik, tetapi perlu beri masa untuk menyesuaikan diri. Dia telah menjaringkan 10 gol, dia boleh lakukan lebih baik dan sedang bekerja ke arah itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI