fbpx

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah dengar keputusan representasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismanira dan Zain Ikhwan ketika hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

PETALING JAYA – Pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi sebutan semula kes pertuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pasangan itu tiba pada pukul 8.50 pagi yang turut dihadiri ahli keluarga lain. Hari ini difahamkan bagi keputusan representasi untuk menyemak pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa dan mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Dr. Syahliza Warnoh telah menetapkan tarikh perbicaraan selama tiga minggu berturut-turut pada 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2025 bagi perbicaraan kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI