fbpx

‘Hadir majlis ilmu terapi diri’ – Aprena berjubah, bertudung labuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aprena mencetuskan sensasi apabila dikatakan tidak lagi bertudung.

PETALING JAYA – Biarpun dikritik dek penampilan tidak bertudung sejak akhir-akhir ini, pelakon Aprena Manrose mencuri perhatian ramai apabila hadir ke sebuah majlis ilmu mengenakan baju jubah dan bertudung labuh.

Berkongsi momen tersebut, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menyifatkan majlis ilmu adalah tempat untuk dia merawat diri.

“Menghadiri ke majlis ilmu adalah satu terapi diri, cubalah,” katanya.

Rata-rata netizen mengharapkan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu dapat terus istiqamah dalam urusan menutup aurat.

“Tetapkan diri tutup aurat adalah wajib dan perintah Allah, kuatkan semangat okey,” kata netizen.

“Semoga awak terus kuatkan hati ya, bukan mudah tetapi awak boleh,” ujar peminat.

Dalam majlis ilmu yang dihadiri rakan selebriti lain seperti Nora Danish, Nadiyah Shahab, Kaka Azraff, Syatilla Melvin dan Nelydia Senrose membincangkan topik berkaitan wanita dalam al-Quran.

Sebelum ini anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan itu memulakan usaha bertudung ketika Ramadan 2021 dan mengambil keputusan kekal dengan penampilan tersebut tidak lama kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI