fbpx

Vivy Yusof, suami tenang pimpin tangan ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzarudin dan Vivy.

KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat tenang sambil berpimpin tangan hadir ke Mahkamah Sesyen di sini sekitar pukul 8.34 pagi tadi.

Vivi yang memakai pakaian sut lengkap berwarna putih, manakala suaminya mengenakan persalinan serba hitam kelihatan sudah bersedia untuk berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan kes pecah amanah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pasangan tersebut hadir ke pekarangan mahkamah menaiki kenderaan mewah berwarna hitam diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pasangan itu akan didakwa dan memaklumkan pihaknya juga menahan pasangan berkenaan di pejabat SPRM, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, pasangan terbabit sudah dibebaskan sekitar tengah hari dengan jaminan SPRM untuk hadir ke mahkamah hari ini.

Pada 28 November lalu, SPRM memaklumkan pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan pasangan suami isteri itu berhubung kes kerugian pelaburan berkenaan.

SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi agak mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan sejak 2018 sehingga 2023 dan pihaknya telah membuat rampasan kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah serta PNB untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI