fbpx

Shamsuddin dipilih lagi sebagai Ahli Dewan Negara dari Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsuddin ketika hadir di sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar dipilih sekali lagi sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Perak untuk tempoh tiga tahun bermula dari 20 Disember 2024.

Pemilihan beliau diputuskan menerusi undian semasa hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tahun 2024 selepas Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menggulungkan Belanjawan negeri 2025.

Shamsuddin ketika ini sudah memegang jawatan sama bermula 20 Disember 2021, dan sepatutnya berakhir pada 19 Disember 2024.

Pemilihan Shamsuddin itu diusulkan oleh Saarani yang berjaya mendapat 33 undi ADUN, mengatasi calon cadangan pembangkang, Ismail Arifin yang juga merupakan Bendahari Pas Perak.

Sebelum ini, seorang lagi Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh DUN Perak ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang telah dilantik sejak 25 Mei 2023 sehingga 24 Mei 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI