fbpx

Saya tak gadai tanah rizab Melayu – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) ketika bercakap pada sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau berpegang kepada janji bahawa dirinya tidak akan menjejaskan nasib orang Melayu di negeri itu.

“Saya tahu apa yang saya buat. Saya ingat janji saya, sumpah saya bahawa saya tidak boleh melakukan perkara yang akan menyebabkan kerosakan kepada orang Melayu, kepada orang Malaysia dan juga agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulungkan Belanjawan 2025 negeri sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Saarani menyatakan perkara tersebut sebagai menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan terhadap kredibiliti kerajaan negeri selain dirinya diberi gelaran sebagai perampas dan penggadai tanah rizab Melayu.

“Pernahkah dalam mana-mana ketika saya merampas atau menggadai walau seinci mana-mana tanah rizab Melayu di negeri ini? Jika ada saya mohon sila nyatakan kepada dewan yang mulia ini,” katanya.

Dalam pada itu, Belanjawan negeri Perak bagi tahun 2025 diluluskan dalam persidangan tersebut yang merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah negeri itu sebanyak RM1.52 bilion, meliputi perbelanjaan mengurus RM981.8 juta manakala perbelanjaan pembangunan RM538 juta.

Belanjawan 2025 itu berteraskan lima fokus utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri; Pembangunan Modal Insan dan Belia; Kelestarian Alam Sekitar; dan Keterjaminan Bekalan Makanan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI