fbpx

KPDN perbanyak program Jualan Rahmah Madani bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (kiri) beramah mesra dengan sebahagian 83 calon SPM di SMK Ayer Puteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyakkan program Jualan Rahmah Madani (PJRM) bagi meringankan beban mangsa yang terjejas banjir di seluruh negara.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tumpuan akan diberikan di kawasan yang baru pulih daripada banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Beliau berkata, penganjuran PJRM tersebut tersebut bertujuan membantu mangsa banjir terkesan memperolehi barangan keperluan dan makanan pada harga lebih murah daripada pasaran.

“Kita tahu mereka yang menghadapi bencana (banjir) ini terkesan, menanggung kerugian.

“Sekurang-kurangnya PJRM dengan harga subsidi antara 10 hingga 30 peratus tersebut sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan Bank Makanan kepada 83 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghuni asrama sekolah terbabit.

Armizan berkata, pelan kontingensi penganjuran PJRM tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama pejabat cawangan KPDN dan jawatankuasa pengurusan bencana di kawasan terjejas banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu sebanyak 1,369 peruncit terpilih daerah (DDR) dan 160 pemborong terpilih daerah (DDW) di seluruh negara bagi mengelakkan keputusan bekalan barangan keperluan sepanjanh musim tengkujuh ini.

“Setiap DDR dan DDW akan dibenarkan untuk menyimpan bekalan stok tambahan sehingga kadar 30 peratus daripada had simpanana ditetapkan dalam lesen.

“Pelan kontingensi ini bagi menggelakkan gangguan bekalan sekali gus mengekang berlakunya peningkatan harga keterlaluan akibat bekalan berkurangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI