fbpx

Hujan lebat, angin kencang landa 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di seluruh negara sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Terengganu, cuaca buruk ini meliputi kawasan Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron,” katanya.

Bagi Sarawak pula, keadaan yang sama diramalkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu, di Sabah, ia melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” tambahnya.

Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik dijangkakan berlaku di sekitar Lembah Klang petang ini.

Orang ramai dinasihati untuk berjaga-jaga terhadap risiko banjir kilat serta pokok tumbang akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI