fbpx

2 maut, seorang parah jatuh kren di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut, seorang parah apabila terjatuh ketika mengecat bangunan kuarters di Presint 8, pagi tadi. -Foto media sosial.

PUTRAJAYA – Dua pekerja Indonesia maut, manakala seorang lagi parah selepas terjatuh kren ketika mengecat bangunan sebuah kuarters di Presint 8 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa berada dalam ‘bucket’ kren untuk mengecat sebelum terjatuh dari ketinggian aras tujuh bangunan tersebut setelah kren terbalik.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Sukawan Wilkhan, 54, dan Danianto Yusak, 53. Mangsa yang parah pula dikenal pasti sebagai Yasin, 56.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati insiden berpunca apabila jek hidraulik jentera terbenam dalam tanah menyebabkan jentera berat tersebut hilang keseimbangan sebelum terbalik.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berada atas bucket kren untuk kerja-kerja mengecat bangunan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan serta bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI