fbpx

Waspada sindiket tawar selesai isu meter TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sindiket penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikesan menawarkan perkhidmatan bagi menyelesaikan isu pengusikan meter (meter tampering) Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sehubungan itu TNB memberi peringatan kepada pengguna berhubung sindiket penipuan tersebut.

“Kami ingin menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada agar anda tidak menjadi mangsa kepada individu-individu yang menyamar sebagai pekerja TNB.

“Hindari taktik-taktik penipuan terkini yang digunakan scammer di: https://www.tnb.com.my/scam-alert/,” menurut hantaran Facebook TNB CareLine.

Orang awam diminta menghubungi TNB bagi mendapatkan sebarang pengesahan jika menerima maklumat yang mencurigakan dengan menghantar Private Message (PM) di Facebook TNB CareLine atau Direct Message (DM) X @Tenaga_Nasional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI