fbpx

Warga emas tidak mengaku bakar pelantar ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chai Lai (dua dari kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan api menggunakan minyak petrol hingga menyebabkan kerosakan tiga pelantar ikan, Ahad lalu.

IPOH – Seorang lelaki warga emas yang ditahan sebelum ini kerana membakar tiga pelantar ikan di Pantai Remis Ahad lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh, Chew Chai Lai, 64, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api menggunakan minyak petrol dengan niat untuk menyebabkan kerosakan tiga pelantar ikan di Jalan Pelantar, Pantai Remis di daerah Manjung sekitar pukul 1 pagi pada 1 Disember 2024.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. M. Moganaraj Mithra manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding berkenaan, Azizah memerintahkan Chai Lai dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan kesihatan mental kerana dilihat sering bercakap sepanjang prosiding dijalankan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI