PETALING JAYA – Seorang wanita merayu individu dipercayai mencuri topi keledarnya yang diletakkan di motosikal, supaya memulangkan kembali kepadanya ekoran nilai sentimental helmet tersebut bersama arwah bapa.
Helmet itu dipercayai diambil oleh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Desa Coalfields, Sungai Buloh dan kejadian itu dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV).
Menerusi hantaran TikTok bubblywashere, wanita itu memberitahu sewaktu kejadian, topi keledar dan motosikalnya digunakan oleh adiknya dan dia mahu individu tersebut memulangkan kembali helmet berkenaan.
“Mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu. Mumgkin dah calar-balar tapi ada ‘value’ saya beli dengan arwah bapa. Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja. Motor dan helmet saya tu.
“Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim,” katanya pada hantaran tersebut.
Dalam masa sama, dia turut memuat naik hantaran lain ekoran ramai yang mempertikaikan tindakan meletakkan topi keledar di atas motosikal tanpa memikirkan risiko ia boleh dicuri.
“Saya nak jelaskan, motor dan helmet memang saya punya. Sejak adik saya baru mula kerja dalam lepas habis SPM. Saya bagi pinjam sebab saya tak ada keperluan nak guna motosikal.
“Jika saya, jangan cakap sangkut helmet kat bawah tempat duduk tu. Masuk ‘mall’ pun saya angkut. Helmet tu walaupun dah empat kali kemalangan masih kukuh. Saya tukar ‘visor’ je sebab sayang sangat,” katanya.
Ujarnya, perasaannya bercampur antara sedih dan marah selepas kehilangan topi keledar itu.
“Masa adik saya cerita kena curi dan tunjuk CCTV, saya sendiri rasa sedih campur marah campur tak tahu nak cakap apa sebab benda memang dah jadi.
“Saya kongsi ni salah satu usaha nak dapatkan balik helmet tu sebab ada nilai sentimental untuk saya. Saya harap yang mencuri dibuka lah pintu hati pulangkan kembali helmet tu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@bubblywashere Assalamualaikum, Mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu, mungkin dah calar balar tapi ada value saya beli dgn arwah bapak saya Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja motor & helmet saya tu Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim #Helmet #Mencuri #SungaiBuloh #desacoalfields #Caltex ♬ APT. – ROSÉ & Bruno Mars