PETALING JAYA – Sebuah lampu isyarat di Thailand mencuri perhatian apabila ia didapati ‘menipu’ pengguna jalan raya dengan mengulang kiraan lampu merah secara berulang kali sehingga membuatkan pemandu tertunggu-tunggu tanpa henti.
Menerusi sebuah hantaran di platform X oleh @anthraxxx781, kelihatan ramai pengguna jalan raya terperangkap di persimpangan itu apabila lampu merah terus menghitung semula dari 10 saat setiap kali menghampiri angka sifar.
Bagaimanapun, mereka dilihat terus menunggu dengan sabar kerana kenderaan dilihat berpusu-pusu bergerak ke kiri, memandangkan lampu trafik simpang tersebut sedang hijau.
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, yang rata-ratanya terhibur dengan ketabahan pemandu yang setia mematuhi lampu isyarat walaupun jelas ia tidak berfungsi seperti sepatutnya.
“Kita kalau nampak 99 boleh tenang dulu tengok telefon kejap tapi kalau gaya macam ni, memang tengok lampu trafik je lah sebab tak tahu bila nak hijau,” kata Fayyadh Ijat.
“Boleh lagi orang bersabar ye. Kena ‘scam’ berkali-kali tu,” komen Hasry.
“Nak lawan lampu trafik kiraan 199 Shah Alam,” ujar Beatrice Luma. – KOSMO! ONLINE
Traffic light in Thailand pic.twitter.com/NEIDJa0zFA
— @ (@anthraxxx781) December 3, 2024